Insan biasa dan tak lebih dari sesiapa pun di Malaysia ini. Berminat dengan dunia multimedia dari kecil lagi. Hobi adalah satu perkara yang ada pada semua orang dan hobi berlainan minat masing masing. Hobi dan cita cita adalah perkara yang berlainan. Hobi saya pada Multimedia atau penerbitan Broadcasting TV sungguh mendalam dan menebal dalam diri dari umur 15 tahun yang lalu ( 1980 ). Saya mungkin bertuah kerana hobi itu di bawa sampai ke hari ini ( 2019 ) dan hobi itu menjadi satu peluang kerjaya kepada diri saya.
Dahulunya saya sendiri hanya berminat dengan bidang penyiaran TV dan saya ingin Merialisasikan Hobi saya menjadi kenyataan. Selepas saya bekerja di Universiti Utara Malaysia Sintok selama 4 tahun saya membuat keputusan yang drastik iaitu berhenti dari jawatan yg tetap dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk ceburi bidang penerbitan Drama TV. Finas Hulu Kelang dan tapak permulaan Hijrah saya dalam dunia Penerbitan Drama di Malaysia. pada tahun 1994. Semuanya kosong… ilmu masih kosong dan kemahiran dari bekerja di Universiti dulu x sama dengan dunia Penerbitan Drama yang lebih hebat dan besar. Saya usaha dan gagalkan diri dengan kewangan Modal yang kosong saya beranikan diri berbekalkn minat yang mendalam dalam bidang ini. Tak ada kawan yang mengendali di kala itu. Hulu Kelang masih lagi di anggap jauh dari bandaraya di kala itu namun di situlah tempat bermula nya menggenali dunia editing dan shooting yang sebenar. Bukan cita cita nak jadi pengarah Drama hanya nak jd Crew Drama dan nama kita di catat di kaca tv sebagai penyunting Drama Off Line.
Akhirnya saya menjadi diri saya seorang yang terlibat dalam bidang drama, Dokumentari, dan Filem di malaysia. Akhirnya saya melompat dari satu studio editing ke syarikat lain seperti Bettercam TV sewaktu itu berada d Ampang , kampung pandan Kuala Lumpur. Era saya bermula sepenuhnya dengan penerbitan Drama Melayu, Drama Tamil dan Drama Cina. Sebagai Editor saya tempohi dengan berbagai rintangan yang cukup hebat. Keluarga masih tak memahami apa kerja saya. tapi mereka tahu nama saya masih di kaca Tv maka saya masih ujud dalam bidang ini. Akhirnya kerja saya adalah shooting dan kerja editing video untuk siaran TV , Sebagai jurukamera banyak sudah ( X dapat ingat berapa banyak ) dan kerja saya sebagai Video Editor dah melebihi 200 Tajuk drama sepanjang kerjaya saya. Dari mana ilmu semua itu… semuanya adalah bermula dengan minat yang mendalam dan saya lakukan secara bersungguh sungguh dalam tugasan kerja yang saya minat. Drama Tamil juga saya edit bersama Pengarah Tanggamani di kala itu. walaupun bahasa Tamil saya x memahami secara keseluruhan nya namun atas sbb kemahiran dan minat saya edit sebaiknya. Banyak tajuk juga dah siap saya edit dan dah tayang di TV seperti RTM dan TV3. Drama Cina arahan Ady Park dan adiknya Dinol Pak juga saya edit. Bahasa cina… mmg saya x memahami langsung namun atas minat saya dapat menjalankan kerja editing dengan baik. Saya dengan dunia Video Editor. dalam masa sama juga saya melakukan kerja shooting video untuk dokumentari TV. keseronokan dalam dunia hiburan drama dan dokumentari membawa saya jauh ke dalam dunia broadcasting TV tanpa sedari sebenarnya.
Saya hanya bekerja di belakang Tadbir. jadi crew. dan tak pernah terfikir akan berada di hadapan kamera dan mencari publisiti sendiri untuk diri saya. Kekadang kita x pernah terfikir sejauh mana kita akan melangkah dan menerima sesuatu yang baru. Di jemput sebagai Tetamu dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM beberapa tahun dahulu dah mula memberi saya peluang baru dalam dunia penyiaran. Di jemput untuk bercakap secara LIVE ada lah sesuatu perkara yang sukar. Gugup dan Takut namun saya anggap selama ini saya dengan dunia penyiaran sudah terlalu lama dan saya gagahi membuktikan saya mampu lakukan. walaupun secara live dalam masa 15 min…. terasa cukup lama dan kita perlu komitment yang tinggi untuk membuktikan Cegu Sharif Can Do. Kita perlu memahami konsep penyiaran itu sendiri dan Tajuk apa yang di berikan kepada kita. Selepas itu maka Rancangan berkaitan Dunia Multimedia bersama Cegu Sharif makin jelas dan besar. Beberapa program bersama saya di hasilkan dan tayangan di kaca TV. Alhamdulilah. saya masih berusaha.
Kita perlu memahami dengan jelas tajuk apa yang akan di bincangkan dan bagimana kita meyusun ayat dalam penceritaan kita sendiri. Kita kupaskan ayat ayat yang boleh di dengari oleh penonton di luar sana dengan konsep bercerita cara kita sendiri. Kefahaman berkaitan tajuk jangan lari terlalu jauh dan kita huraikan dengan konsep bermaklumat, memberi tip tip menarik serta kita memberi komunikasi bersama penonton yang sedang menonton. Pengalaman yang kita lalui banyak mengajar kita bagaimana menghasilkan sesuatu dan dari situ kita mula menceritakan secara ringkas proses kerja kita sehingga menghasilkan kejayaan.
Sepanjang di wawancara kita perlu mengawal diri dengan melihat sekeling seperti kita nampak Floor Manager senang memberi isyarat 3 min… masa yang kita ada amaka kita sendiri sudah pandai untuk memberi kata kata yang penghujung seperti kita memberi tip tip dan cerita yang menampakkan kejayaan. 3 min yang kita ada kita perlu mengawal jalan cerita akan ia tidak tergantung dalam program kita itu. Floor Manager menunjukkan 1 min… akan berakhir maka kita bersedia untuk memberi pengacara untuk membuat penutup dalam rancanagn bersama kita itu dan kita perlu sentiasa senyum sepanjang program. Sampai hari ini saya rasa sudah live secara langsung sudah melebih 5 kali atas jemputan RTM dan Bernama TV dh ch502 Astro.
Saya x akan berakhir bergini sahaja dan Banyak lagi Program TV bersama Cegu Sharif dalam Segmen Dunia Multimedia. Dalam Sagmen bergini saya akan memberi tunjuk ajar cara kendalikan Kamera Video, Kamera Photo, Lighting, Audio shooting , editing Video serta saya kupaskan kaitan Konsep Kreatif, Berkarya, Menulis skrip dan banyak lagi. anda bersama saya.. anda tanya…. Cegu Sharif Jawap….