TEKNIK SEORANG JURUKAMERA VIDEO

APA YANG PERLU DI PELAJARI?

Anda boleh belajar melalui youtube…. melalui buku buku yang boleh di beli di kedai buku…. adakah sama dengan Real shooting dengan sebuah kamera d tangan anda. Kali ini cegu akan huraikan kaitan jurukamera, apa yang juru kamera perlu tahu, Apa jenis kamera yang perlu ada dan Apa teknologi yang terkini kaitan kualiti dalam penghasillan melalui kamera anda?

Cegu bermula sebagai jurukamera pada tahun 1988 dengan menggunakan kamera Video M5 dan M7 Panasonic zaman tape VHS lagi. Waktu itu Cegu sudah bekerja di Universiti Utara Malaysia Tanah Merah Jitra. ( No Pekerja 350 ) waktu itu. Belajar melalui Pengelaman dan itu di Katakan Universiti of Life UOL. Segalanya dengan kamera yang hebat waktu itu. kehulu dan kehilir dengan kamera VHS itu. Kepuasan amat terasa di kala itu. Selepas pindah Ke UUM Sintok cegu menggunakan Kamera Hi8 kamera yang makin canggih dan masih menggunakan Tape tapi sudah makin mengecil. semua itu mengajar Cegu menjadi seorang jurukamera secara bukan formal. Cegu ada berkursus ( Sinematografy ) di Finas Ulu Kelang beberapa kali dan Pusat Teknologi Pendidikan di kala itu menggunakan Kamera JVC Model KY25 dan system editing Analoq JVC KM3000 Tape to tape….banyak video telah d hasilkan d kala itu untuk Universiti. Semuanya menjadi kenangan dan sejarah.

1992 perpindahaan Cegu Sharif kedunia Penerbitan TV yang sebenar. Meletak Jawatan d UUM yang bergaji tetap waktu itu baru RM400 sebulan. Apa yang membuatkan cegu berubah atau hijjrah adalah Cegu ingin Meletak nama di kaca TV…. dan dengan Takdir Allah selepas jadi editor Drama terus ada nama sebagai Editor Off line nama di paparkan di kaca TV bg drama tersebut dan matlamat dah makin berjaya. Dunia jurukamera x abis di situ dan cegu terus sebagai editor dan Jurukamera… Menggunakan Kamera Video Ikegami, Hitachi Tomsom, Sony, Panasonic dan berbagai kamera lagi. ( Nanti cegu cerita lagi sejarah jurukamera sehingga program di kaca TV malaysia. )

SEBAGAI JURUKAMERA VIDEO

Jadi jurukamera, Apa yang perlu kita fahami… Fungsi dan buton d badan kamera adalah wajib di pelajari dan setiap kamera tidak sama maka kita harus belajar dan faham dengan fungsi semua itu di badan kamera. Bila anda sudah pelajari dengan baik maka perkara wajib perlu di fahami seperti White Balance, tanpa WB maka kualiti gambar tersebut akan berubah warna dan tidak menjadi warna yang sebenar. Kegagalan part itu mengundangkan masalah yang cukup besar sbb mengubah warna kepada asal amat sukar dan boleh cegu kata x boleh , kalau boleh pon hanya 5% sahaja warna boleh ubah. White Balance perlu ada caranya yang sebenar. Dari zaman BBC London lagi jurukamera perlu membuat WB pada badan kamera di lokasi yang berbeza. Kalau gagal perkara WB maka tiada maaf bagi mu. Penggunaan Kertas Putih…. (Bukan baju putih)… Kertas Putih perlu dalam Jarak 10 kaki di hadapan… Jurukamera Perlu focus pada kertas putih tanpa ada bocor pada warna lain, maka Button WB yang terdapat di badan Kamera Perlu d Press untuk memberi laluan kepada Kamera membuat combinasi color pada situasi itu mengikut lokasi dan kamera menghasilkan warna sebenar… Bila color yang terdapat di paparkan pada viewfinder kamera betul dengan warna sebenar subjek barulah seorang jurukamera membuat penggambaran bersama pengarah. Tapi ingat jika tadi di lokasi dalam sebuah rumah… keadaan siang… bila menukar lokasi maka WB harus di lakukan jika lokasi tersebut berada di luar rumah kerana sewaktu di dalam rumah tadi kita menggunakan lampu Tangstun… di luar rumah kita menggunakan cahaya Daylight.. pasti warna pada subjek sudah berbeza… kesalahan seperti shooting di luar rumah tapi cahaya menjadi kebiruan… adalah salah. Cahaya Matahari ada kekuningan maka kita perlu melaraskan semula melalui WB yang patut dibuat seperti di atas tadi. Kegagalan ini ramai yang lakukan dan call Cegu mohon utnuk memperbaiki warna yang salah tersebut….. nak membantu tapi ingat hanya 5% sahaja yang cegu dapat buat Color Balance untuk mendapat color sebenar.

TERMA SHOT ( MS / LS / CU / ECU …..

Sebagai jurukamera kita wajib memahami terma short yang cegu huraikan dalam ( Sebagai Editor ) kalau kita tak memahami sukatan shot amat sukar untuk menjadi seorang juru kamera. Saiz dalam Medium Shot MS… dari mana sampai mana pada badan manusia? Hari ni cegu lihat ramai main hentam sahaja dalam shooting. bagus tapi kalau sudah salah ttp akan menjadi salah…. kena perbaiki sbb bila sampai studio kerja editing akan nampak cacat pada video tersebut. Shot memainkan peranan penting. Seorang pengarah akan minta short dari seorang jurukamera. tapi kalau jurukamera pengalaman dia akan membuat shot untuk pengarah. Contoh shot pertama ada Long shot dan maka shot kedua adalah Medium or Close up. kita kena pantas berfikir ttg shot. jgn sesekali memberi shot yang menjadi bahan ketawa. Ingat Frameming perlu pandai… Headroom juga wajib tahu aras mana sebenarnya. jangan potong kepala tanpa sebab… apa itu potong kepala? contoh dahi dah terpotong separuh.. tanpa sbb ia akan mencacatkan shot itu… sama juga dengan Looking Room.. Apa itu looking room? pandangan hadapan… lebih luas dari sisi belakang. memberi luas pandangan adalah suasana sebenar seseorang sedang bercakap dengan seseorang.. ini cara mudah cegu huraikan. kalau mengikut buku masih banyak tafsirannya. Kita akan jumpa lagi dalam siri akan datang sentiasa follow #cegusharif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *