APAKAH FUNGSI EDITING VIDEO?
Kita semua berpeluang menonton TV, Wayang gambar dan berbagai media sosial yg kita boleh nonton. Seronok atau tidak kita menilai mengikut jalan cerita… gambar yang cantik dan susun cerita oleh seorang Editor Video. Ramai yang tidak memhami apa fungsi sebagai editor video!!
Editor Video adalah seorang yg amat di perlukan dalam menghasilkan sesuatu Penerbitan video. Tanpa Editor Video tidak akan terhasilnya sebuah Drama, Dokumentari, Filem , Montage Iklan dan berbagai lagi. Editor yang mencorakkan persembahan dalam satu satu penerbitan. Editor juga perlu mahir dan pandai mengendalikan software editing. ( Software editing akan Cegu perjelaskan dalam siri berikut )
Pada tahun 1990 lagi saya bekerja sebagai editor Drama Tv d Malaysia di Finas Ulu Kelang bersama beberapa pengarah Drama di Malaysia. Sewaktu itu semua teknologi menggunakan peralatan Kekal seperti Player, Recorder, Edit Controller, Mixer audio dan berbagai lagi… Zaman itu semua menggunakan Tape yang berlainan Saiz. Amat suka dan merlukan masa yang panjang tidak lagi seperti hari ini semuanya menggunakan software dan komputer berteknologi tinggi. Zaman sudah berlalu dan teknologi sudah berubah dengan menggunakan komputer sudah mampu menjalankan kerja editing dan menghasilkan Penerbitan Video yang bermutu. Semua org mampu menjadi Editor. Adakah anda mampu menjadi editor… apa yg di perlukan untuk menjadi seorang editor? Adakah Kelulusan tinggi ada Diploma, Digree, Master dan PHD. baru layak memegang jawatan sebagai editor video atau editor Filem.
Menjadi seorang Editor perlu ada MINAT. Kenapa perlu ada Minat? Minat memainkan peranan yg cukup penting. Tanpa minat seseorang Editor akan cepat Jemu, Feedup… Malas dan akhirnya semua kerja x menjadi. Bermula dengan Minat akan membawa seseorang mudah untuk berkarya. Adakah Anda sudah Minat? Seorang Editor perlu mempunyai daya kreatif yang tinggi. Kreatif dalam meyusun cerita, Menjadikan persembahan di tonton menarik. Kalau tanpa Kreatif anda hanya di Sebut Cutter sahaja bukan Editor… Sbb anda meyusun gambar, Muzik, Grafik di lihat tanpa seni seperti bertabur.. gambar melompat dan penonton akan cepat boring. Atau anda akan Jadi Operator sahaja. Kerana anda memerlukan seseorang pengarah atau penolong pengarah berada di sisi anda sewaktu anda sedang menjalankan kerja Editing di hadapan komputer. Setiap Shot anda akan bertanya… Ini Ka… Boleh Ka… semua arahan akan datang dari pengarah yg berada di sisi anda. Tanpa arahan anda tidak mampu menjalankan kerja editing sebut. dan kerja jd terbengkalai selamanya.
EDITOR DRAMA TV
Bagaimana tugasan sebagai Editor Drama TV? sebelom kita dapat menonton sebuah drama di kaca TV… pembikinan sesebuah drama banyak prosesnya. Bermula dari skrip, Pre Production, Production shooting, Post Production iaitu Proses Editing Video. Sebagai Editor Drama perlu tahu tentang Babak/Scene. Buku Conti perlu dalam Penggambaran Drama bg memudahkan kerja kerja editing. Dalam satu babak mesti ada Master Short, Medium Short, Close Up, Point of View POV, Extrem Close Up dan banyak shot lagi yg perlu tahu sebagai editor … Shortform pada short juga perlu tahu seperti ECU, CU, LS, XLS dan bagai lagi. semua itu memudahkan kerja kerja editing. Tak Ramai Pengarah buat Breakshort semasa shooting dan kita sebagai editor perlu preview setiap short dan memahami dalam buku contisheet short mana yg perlu di ambil seperti KIV short, Good Shot/Good Take, Insert Short. Sebagai Editor kita dapat menilai sewaktu menonton drama di TV kerana setiap short yang d potong kepada short berikut ada posisi yg cantik. Contoh Sewaktu pelakon dari Master Short berjalan dan akan duduk di meja makan. maka short tersebut perlu d potong separuh duduk dan sambung dengan Close Up separuh duduk juga maka shot itu akan nampak bersambung dengan cantik. kalau short yang tidak cantik pula…. Master Short berjalan dan menuju mejakan seterusnya duduk dan editor CUT selepas sudah duduk di sambung dengan Close Up short yg dah duduk… Saya akan sambung lagi part Editing Drama dalam siri berikut.
EDITING VIDEO MONTAGE
Ramai anggap mudah dengan kerja kerja editing video montage kerana video tersebut terlalu pendek. Montage selalunya dalam 1 minit dan x lebih 4 minit. Montage perlu padat dengan cutting point yang cepat mengikut bit Muzik supaya kesan kepada penonton. Editor kena pandai memainkan shot dan fast cut mengikut alunan muzik seperti setiap shot tak lebih dari 3 saat, 2 saat, dan 1 saat bg setiap shot. Dalam montage di galakan menggunakan short short yang banyak close up kerana pergerakan shot terlalu laju, jika guna long shot kurang memberi impak kepada penonton. Shot yang jauh atau luas tidak memberi sebarang kesan kerana penonton tidak dapat melihat dengan jelas subjek yg ingin di tunjukkan. jika di bandingkan dengan close up shot yg jelas mnenujukan subjek itu. Video montage selalunya di gunakan dalam majlis perasmian, di gunakan utk sebarang pelancaran produk atau gimik sesuatu majlis. Bagaimana pemilihan Muzik membantu anda dalam pembikinan Monatge yang menarik. Cegu akan huraikan dalam siri yang akan datang. #cegusharif