TOTURIAL

KELAS KAMERA DSLR

Peminat bidang photografi terlalu ramai di Malaysia dan telah menjadi bualan Dunia dengan Kemenangan Sahabat Kita Dollah Deen Photografly dengan adik Shukur yang menjadi subjek utama bersama binatang binatangnya. Sesuatu Subjek yang sukar dan menjadi kagum dengan adik yang berani bersama binatang peliharaan bapa nya, Bagaimana fungsi seorang jurugambar dalam memotretkan sekeping demi sekeping gambar adalah kemampuan seorang jurugambar. Bagaimana ia di posisi itu sebagai seorang jurugambar? itu persoalannya dan menghasilkan gambar utk dunia melihatnya. Semuanya bermula dengan minat yang dalam dalam bidang photografy. Bidang asal di pelajari oleh semua org tentunya berlainan dan pengkhususan kerja juga tentu ke arah bidang lain tetapi kerana minat ia menjadikan satu platform dalam dirinya. Minat Photografy.

Kerana MINAT akan merubahkan sesuatu dalam diri kita sendiri. Sejauhmana kita memupuk nilai minat itu sendiri? Adakah kita minat kerana melihat orang lain dengan kameranya? adakah kita minat kerana gambarnya? Jadi Proses minat Tadi di tukarkan kepada kesungguhan berusaha kearah minat itu sendiri. Belajar Belajar dan terus belajar. Ramai yang saya lihat minat tapi x mahu belajar dan anggap kepandaian itu akan datang sendiri dalam hidup kita… SALAH.

Belajar tentang kamera DSLR. Apa itu DSLR Digital Single Lens Reflex. Sebiji kamera mempunya body dan Lens. 2 barang yang berasingan dan di cantum menjadi satu bentuk, dua perkara itu bersaling memerlukan dan bekerja untuk menghasilkan subjek. Apa yang ada di Body Camera kita ( Jenama yang berlainan tapi tujuan adalah sama ) Apa yang kita perlu tahu dalam sebiji body kamera. Button Manual, Auto, P, AV, S dan berbagai lambang gambar yg terpapar di butang itu, adakah kita semua memahami setiap fungsi yang terdapat di kawasan itu? Apa fungsi yang terdapat d badan kamera dekat Display View? cuba pelajari sebaiknya dan memahami segala setting yang terdapat dalam badan kamera. Bila kita memahami dengan mudah kita mudah mengendalikan kamera tersebut.

Tip: mempelajari DSLR adalah 4 perkara iaitu : 1, Speed 2, Aperture 3. ISO dan terakhir adalah 4. White Balance. Cuba fahami sebaiknya 4 fungsi ini dan mengenali di mana lokasi dan kedudukannya.

Apa itu SPEED DSLR?…. ia adalah tetingkap atau Blade yang akan terbuka dan di tutup mengikut kawalan oleh seseorang jurukamera. Bila perlu blade itu d lajukan dan di perlahankan. Fungsi Blade adalah mengawal kemasukkan cahaya kedalam kamera. Jika terlebih Cahaya di sebabkan Blade atau tertingkap tadi terbuka terlalu lama . Gambar akan jd terlalu cerah. Kalau blade itu di buka dan tutup terlalu cepat pula gambar akan gelap di sebabkan cahaya x cukup masuk dalam badan kamera. jadi bila perlu Blade itu di kawal? Bila Blade itu di kawal mesti dengan Bukaan Lens yang sesuai di lokasi, waktu dan semasa rakaman di buat. Speed di sebut dalam kiran 1/100 . 1/125 . 1/250 1/500 dan seterusnya.

Apa fungsi Lens? dan Fungsi Aperture pula yang terdapat pada Lens? Setiap lens wajib ada Apurture yang ringgkasanya di sebut F: contoh F:2.8 . F5.6 . F11 ini semua badan lens wajib ada no ini . tapi ingat berlainan dengan model lens dan jenis Lens. Normal kebanyakkan lens yang sederhana harga F nya akan bermula dengan F4 F4.5 . F5.6 dan seterusnya. Bagi lens yang lebih mahal pula lens itu akan bermula dengan F1.4 . f2.8 dan seterusnya. Apa yang ingin saya tegaskan disini adalah bagaimana ia berfungsi dalam tersebut. Kombinasi Speed yang di sebut 1/100 1/200 1/500 itu dengan Lens yang berfunsi dengan F2.8 f5.6 dan sebagainya. Kita kena Laraskan antara Speed dan Apurture agar mendapat gambar yang jelas dan tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Cuba praktikkan dalam suasana dalam bangunan berapa Speed di perlukan dan Apurture berapa yang di perlukan. Adakah gambar anda nampak gelap? atau terlebih cerah? di mana setting yang patut di gunakan adakah Speed atau Apurture? maka keduanya berfungsi untuk melaraskan kawalan cahaya yang akan masuk melalui Lens kedalam Boday Camera.

Saya akan bg toturial yang jelas dalam siri yang akan datang merangkumi 4 subjek di atas agar anda boleh mengendalikan Kamera DSLR dengan baik. Fungsi Manual memberi banyak kelebihan pada seorang jurukamera. Kalau anda guna auto sama dengan menggunakan Camera HP sahaja. Berbelanja yang mahal tetapi kepenggunaanya hanya sekadar 0.5% dari apa yang di belanjakan. Fikir Fikirkan belajar x pernah rugi…. Minat adalah pendorongan untuk kita mencipta peluang dalam diri kita. #cegusharifmenulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *