Tc. Sharif Zulkepele Bin Sharif Harun ( HRDCorp , MBOT – TB )
CEGU SHARIF
BUDAK KAMPUNG.
Kelangsungan Hidup seseorang itu pasti akan bermula dengan awalan kehidupan. Proses pembelajaran dilalui sama sahaja dengan remaja-remaja lain dan setiap kejayaan diwaktu itu bukanlah ukuran yang mutlak. Kebarangkalian berjaya dalam pelajaran adalah satu rezeki namun gagal juga adalah satu rezeki. Pemikiran di zaman remaja dan di zaman tahun 80an jauh berbeza di zaman dunia digital hari ini. Namun proses pembelajaran tetap berjalan dalam apa jua cara sekalipun. Kegagalan peperiksaan SPM tahun 1985 bukan jalan penamat bagi Cegu Sharif.
Era perpindahan pada tahun 1990 merubah segalanya. Menceburi bidang dunia Broadcating TV adalah jalan yang tepat dan selamat. Proses kerja melalui pengalaman adalah salah satu cabang pendidikan manusia. Cegu Sharif Memilih bidang kemahiran (Hari ini TVET) untuk membina legasi kehidupan dalam dunia Broadcasting.
ORANG TV / MBOT
Saya mula berminat dengan dunia multimedia seawal remaja dan saya teruskan kerjaya dengan dunia multimedia broadcasting TV. Sehingga hari ini 36 tahun saya berada di Platform Multimedia Broadcasting. Saya tempuhi dunia sebagai Jurukamera Video, Editor Video, Pengarah Program, Pengarah Photography, Penulis skrip dan Penceramah / Tenaga Pengajar dalam bidang Multimedia Broadcasting. Saya amat suka dengan Teknologi dan sentiasa berfikir berkaitan Teknologi dalam bidang Broadcasting penyiaran. Sehinggalah mendapat Pengiktirafan Malaysian Board of Technology (MBOT) dengan Gelaran Tc. – Juruteknik Bertauliah dalam bidang Telecommunication & Broadcasting. Bilangan pemegang Tc. Masih tak ramai dalam lingkungan 2 ribu lebih sahaja di Malaysia buat masa ini.
HRDCorp
Cegu Sharif juga telah diiktiraf sebagai Train of Trainer oleh sebuah badan setara kerajaan. Adanya sijil sebagai tenaga pengajar bertauliah telah membuktikan kemampuan Cegu Sharif sebagai seorang Penceramah / Tenaga Pengajar yang diiktiraf. Bidang mengajar bermula era 80an, 90an, 2000 dan sehingga kini. Dalam tahun 2023 Cegu sharif telah mengajar sebanyak 35 tajuk kursus pendek (3 hingga 5 hari ) kepada Jabatan Kerajaan baiknya Kementerian Kerajaan Malaysia. Penganjuran Infra Minda Global dan Jabatan Kerajaan berkaitan Technology Multimedia Broadcasting. Konsep pembelajaran yang mudah dan berinfomasi ilmu secara terus bagi memantapkan dan memahirkan kakitangan kerajaan dalam kepenggunaan peralatan multimedia serta Penerbitan Video baik untuk jabatan dan diri sendiri dalam Upskilling tugasan kerja seseorang.
CEO@POLYCC / JPPKK
Pada Tahun 2022, Pelantikan Cegu Sharif sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Politeknik dan Kolej Kemuniti seluruh Malaysia adalah satu lagi pengiktirafan Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti kepada Cegu Sharif serta Industri menerajui system pendidikan berkonsepkan IOC (Industri On Campus) Gabungan Industri dengan Pendidikan Politeknik Kolej Komuniti. Tugasan demi tugasan untuk menggapai matlamat yang selari dalam pendidikan berunsurkan TVET kemahiran kepada pelajar. Tanggungjawap Cegu Sharif memastikan perjalanan IOC sentiasa berjalan lancar dan relevan dengan arus pendidikan. Bagaimana Industri memainkan peranan kepada pendidikan diperingkat Politeknik dan Kolej Komuniti adalah tugasan serta visi Cegu Sharif membina masa depan pelajar untuk kebolehpasaran didalam bidang pekerjaan.
PENASIHAT INDUSTRI / PENGERUSI PENASIHAT INDUSTRI PMTG (IAC)
Peranan yang panjang selama 7 tahun dalam melaksanakan tugasan sebagai Penasihat Industri telah memberi banyak pengalaman serta perubahan kepada pendidikan Politeknik Metro Tasek Gelugor. Peringkat awalan dari pembangunan Silibus pembelajaran sehinggalah kelulusan Silibus Pendidikan oleh MQA sehingga hari ini adalah proses yang panjang dalam membangun pendidikan Multimedia Video dan Filem. Beberapa rakan industri yang lain sama-sama menyumbang buah fikiran dalam melaksanakan arus pendidikan berteraskan TVET yang selari dengan arus industri agar kebolehpasaran pelajar menjamin peluang pekerjaan. Antara faktor yang dilakukan oleh Cegu Sharif adalah Viscom, IOC, Dan Penerbitan Video di Politeknik Metro Tasek Gelugor.
INDUSTRI ON CAMPUS (IOC)
Peringkat awal tahun 2021, Penglibatan Cegu Sharif sebagai Pegawai Penilai dan Penasihat kepada Program IOC adalah membantu dalam melaksanakan program pendidikan, Sebanyak 5 Pusat Pengajian yang terlibat iaitu 2 daripada Politeknik dan 3 daripada Kolej Komuniti. Perlaksanaan peringkat awal dalam menuju cara sebenar penglibatan industri dan pendidikan agar selari mencapai serta menggapai matlamat yang sama. Program Work-based Learning, Keusahawanan, Penyelidikan, Penerbitan Video Filem dan banyak lagi. Infra Minda Global adalah syarikat yang terlibat sepenuhnya yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Pendidikan merasmikan IOC dan iktiraf IOC adalah Platform gabungan yang berjaya. Peluncuran IOC akan berterusan serta penambahbaikan pendidikan akan lebih berjaya.
PENGARAH URUSAN
Syarikat Infra Minda Global adalah sebuah syarikat yang berpengalaman 15 tahun dalam menjayakan Penerbitan Video dari Single Camera Production, Multi Camera Production, Penerbitan Video Korporat Jabatan Kerajaan (35 Jabatan Kerajaan), Studio Editing, Training Multimedia – Kursus Multimedia (35 Tajuk kursus tahun 2023) telah dijayakan. Cegu Sharif adalah peneraju tunggal kepada IMG, Perancangan masa depan dalam melaksanakan berbagai penerbitan serta kerja-kerja rakaman video adalah matlamat utama IMG. IMG berupaya melahirkan kakitangan jabatan kerajaan melakukan kerja kerja yang berkualiti tinggi. Kemudahan Peralatan berteknologi tinggi yang disediakan oleh IMG menjana penerbitan yang baik. Kemudahan di IMG seperti Studio Greenscreen telah membuktikan IMG selari dan selaras industri penerbitan di Malaysia.
TECHNOLOGY UPDATE
Teknologi dah banyak berubah dan mengubah kehidupan manusia hari ini. Online sudah banyak mengantikan kerja-kerja Offline dalam kehidupan seharian kita. Kita hidup dengan teknologi dalam berbagai bidang dan kita tak akan meninggalkan teknologi buat seterusnya. Technology Update semakin laju dan maju dan kita harus selari dengan perkembangan teknologi hari ini. Internet of Thing (IoT) dan juga Cloud Computing membawa semua kerja semakin mudah dan cepat. Siapa tinggalkan teknologi maka ia akan ditinggalkan terus ke belakang kerana hidup tanpa teknologi umpama dunia lain dari apa yang ada sekarang.
Kenapa saya berminat dengan Dunia Kreatif dalam hidup saya? Selepas satu peralihan perubahan minda saya dan saya mula sedar bahawa saya banyak menggunakan otak kanan berkaitan dengan Dunia kreatif saya maka saya teruskan dengan lebih kuat lagi untuk maju dan meneruskan kerjaya dengan Pemikiran Saya (Pemikiran Otak Kanan) Allah berikan Otak Kanan (Atas) dengan Darah O telah meletakkan saya lebih dekat dengan sifat (KATA-KATA) dalam diri saya. Saya sedar sifat suka mengajar dan berkongsu ilmu yang saya fahami serta lakukan dengan seramai orang adalah kata-kata saya.